Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 133

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nyanyian ziarah Daud. 1Lihatlah, betapa baik dan menyenangkan hati

apabila saudara-saudara seiman hidup bersama dengan bersatu-padu!

2Umpama minyak yang amat dihargai di atas kepala,

mengalir turun ke janggut,

janggut Harun,

mengalir turun di tepi jubahnya.

3Umpama embun Hermon

menitik ke atas Bukit Sion.

Kerana di sanalah TUHAN memerintahkan berkat,

hidup selama-lamanya.